RETURN TO THE BASICS
Gigitlah Dengan Gigi Gerahammu!
Monday, December 12, 2011
Antara Hafal dan Faham
Sunday, December 11, 2011
Lajnah Daimah: Wajib Sokong Hizbi Yang Mahu Tegakkan Hukum Syariah!
Baru-baru ni aku ada terjumpa sebahagian fatwa ulama Salafi Saudi berkenaan bagaimana berinteraksi dengan demokrasi. Ia telah dipost oleh Dr Maszlee Malik di wall FB beliau. Fatwa ni aku terjemah secara bebas dan publish sebagai note FB.
Cuma satu benda yang aku pelik, kenapa fatwa ni seakan-akan disembunyikan?
Kenapa tak ada pun yang war-warkan sedangkan ia adalah fatwa lajnah daimah? Malu ke? Atau tak berani?
Atau taknak buka minda membaca pendapat yang berlainan daripada pendapat yang diwarisi secara tradisi turun-temurun?
---------------------------------------------
Fatwa Lajnah Daimah :
Wajib atas orang Islam dalam negara yang tidak melaksanakan hukum Syariah Islamiah untuk bersungguh-sungguh dan mengerah segala kemampuan untuk menegakkannya. Mereka perlu bersatu berganding tangan dalam membantu hizbi (parti) yang diketahui akan berhukum dengan Syariah Islamiah. Sebaliknya, memberi bantuan kepada mereka yang menyeru supaya tidak berhukum dengan Syariah Islamiah maka ini tidak boleh, bahkan berpotensi menjerumuskan pelakunya kepada kufur.
Kerana Allah berfirman (al-Maidah ayat 49-50, maksudnya):
Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.
Demikian, apabila Allah menyatakan kekufuran bagi sesiapa yang tidak berhukum dengan Syariah Islamiah, Dia memberi amaran terhadap sesiapa yang membantu atau menjadikan mereka ketua, dan menyuruh orang Mukmin supaya bertaqwa jika mereka benar-benar beriman. Maka Allah berfirman (al-Maidah ayat 57, maksudnya):
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman.
Wabillahit tawfiq. Wa shallallahu 'ala nabiyyina Muhammad wa alihi wa sahbihi wasallam.
al-Lajnah al-Daimah Penyelidikan Ilmiah dan Fatwa:
al-Sheikh Abdul Aziz Bin Abdillah Bin Baz
al-Sheikh Abdul Razak al-'Afifi
al-Sheikh Abdullah Bin Ghadayan
Tamat Fatwa Lajnah Daimah 1/373
Sumber: http://www.islamqa.com/ar/ref/107166
Jika ada kesalahan terjemahan, mohon diberitahu. Barakallahufikum.
Wednesday, November 30, 2011
Dulu-dulu
Tuesday, November 29, 2011
Seni Ketika Berhujah?
Al-Mutanabbi mengatakan:Orang-orang merdeka tidak bisa dibunuh (dikalahkan hujahnya), kecuali dengan memaafkan merekaDan apa yang bisa engkau lakukan terhadap orang merdeka yang selalu menjaga kedua tangannya
Sunday, August 7, 2011
Selawat Antara Tarawih...?
Maksudnya: "Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata manusia, dan Engkau Maha Hidup Lagi Maha Kekal, Engkau Tidak Mengantuk Dan Tidak Tidur. Wahai Yang Maha Hidup Lagi Maha Kekal, tenangkanlah malamku dan lelapkanlah mataku" (Dhaif: HR Ibn al-Sunni. Lihat syawahid-syawahidnya di sini. Tidak mengapa berdoa dengan hadith dhaif asalkan tidak disandarkannya kepada Rasulullah s.a.w)
Mungkin juga penangan Mochacino yang aku minum masa berbuka tadi. Niat asal nak hilangkan mengantuk sebelum bertarawih, alih-alih melarat sampai ke larut malam!
Tadi aku solat di Masjid al-Hasanah BBBangi. Dah lama tak solat tarawih di sini. Tiba-tiba mak aku ajak solat kat sini, so aku taat je lah.
Sebelum tu, dulu aku pernah boikot masjid ni sebab pernah dulu kat sini diorang akan buat tahlilan arwah sebelum tarawih dan selepas isya'. Memang sangat mengganggu! Bid'ah tu satu hal la, memang tak boleh kata apa. Lagi satu tak fikir ke ramai yang datang untuk bersolat tarawih. Bukannya melayan majlis hantar pahala berbayar tu!
Tahun ni - alhamdulillah- tiada lagi tahlilan sebelum tarawih. Dengar kata diorang bawak pegi sebelum berbuka! apa2 lah janji jangan mengganggu jemaah yang hadir untuk solat tarawih.
Ada satu perkara yang aku nak ulas. Pasal selawat yang orang Melayu buat di celah2 solat Tarawih. Bagi aku ada beberapa problem, antaranya:
Pertama, amalan ni tak pernah dilakukan oleh Rasulullah. Rasanya orang yang dok berselawat tu pun tau nabi tak buat, tapi diorang nak buat jugak! Alasan standard, "oklah isi ruang antara solat dengan benda berfaedah. Ni kan benda baik". Aku katakan, apa2 ibadah yang "baik", tentulah tak sempat ke kita, para sahabat yang paling taat kepada perintah nabi tu yang akan buat dulu.
Kedua, kenapa dilaung dengan kuat sehingga ada yang terjerit2? Bukan ke Allah suruh berzikir dengan suara yang perlahan dan merendah diri? Bukan saja kantoi tak ikut sunnah, malah berselisih dengan nas al-Quran!
Ketiga, apa signifikan dilaungkan nama khulafa al-Rasyidin yang empat? Hanya untuk menunjukkan betapa jelasnya sahabat tak buat amalan ni, sebab masa zaman Abu Bakar, Umar, Uthman, dan 'Ali mana tau diorang akan dilantik menjadi khalifah...:)
Keempat, kenapa perlu dibuat sahut menyahut? Bilal dan jemaah saling balas membalas selawat. Sebab senikata dia nampak macam tak sesuai untuk dibuat macam tu. Baca je la sama2!
Kelima, bila sampai part yang perlu sahut, tidak pula disahut. Selepas bilal sebut "al-badrul muniru muhammad" dan ramai2 laung "Sollu 'alaih" (Berselawatlah keatasnya!). Tak ada pulak yang sahut dengan berselawat ke atas nabi. Diorang suruh sape yang berselawat sebenarnya???
Demikian aku seru kawan2 agar meninggalkan selawat antara tarawih yang tiada asal dalam agama. Kalau mahu berselawat - malah perbanyakkanlah selawat- berselawatlah dengan selawat yang diajar oleh nabi dengan cara yang juga ditunjukkan baginda.
Ramadhan ini akan lebih indah jika ia dihayati dengan sunnah Rasulullah yang sahih. Allahua'lam.
Tuesday, July 5, 2011
Video Ilmuan Sepakat Keharusan Demo
1) Ini first video aku post kat Youtube.
2) Aku buat video ni untuk beritahu bahawa usrah ilmuan syariah bersepakat keharusan demonstrasi sebagaimana kata Ustaz Zaharuddin. Sebab ada yang tak percaya bila aku cakap kat forum al-Fikrah.net. Diorang kata mana buktinya? tak mainlah hearsay2 ni. Nah, aku kasi sebijik.
3) Ia adalah respons kepada satu video yang mengumpulkan beberapa qaul "ilmuan salafi yang mantap" yang mengharamkan demo.
4) Sesiapa saja boleh sebarkan video ni dan ambil manfaat. Tak perlu kasi kredit pun takpe.
5) Untuk ceramah penuh Ustaz Zaharuddin, boleh download DI SINI.
Demo: Define dulu, baru gebang
Ya, penulis akan memulakan tulisan dengan mukaddimah dan DEFINISI.
Ya, sebelum masuk mana2 bab, mesti kita akan dihidangkan dengan definisi sesuatu term, sistem, istilah, tajuk, atau subjek. Ada yang kadang2 sangat teknikal sampai buat kepala kita pening. Ada pula yang berikan kepelbagaian pendapat terhadap definisi sesuatu term.
Tujuannya cuma satu. Supaya pembaca tidak hilang fokus.
Sepanjang membaca buku atau bab tersebut, kalau pun kefahaman bercelaru dan bercampur-baur, paling kurang jangan sampai tergelincir daripada ruang lingkup definisi.
Demikian kitab2 fiqh dari dulu hingga kini. Pasti, pasti, dan pasti (sekarang semua kena ulang 3 kali) memulakan apa2 perbincangan dengan ta'rif atau definisi. Malah kebanyakkannya akan membentangkan definisi dari sudut bahasa dan istilah.
Sebab tu aku berasa sedikit hairan sejak akhir2 ni, kenapa para ustaz dan penuntut ilmu terlalu cepat menjatuhkan hukum terhadap sesuatu isu tanpa melihat dulu kepada definisi isu yang diperbincangkan?
Adakah akibat terlalu ghairah, gopoh, atau tergesa-gesa dalam menghukum? Atau apa? Menjatuhkan hukum bukan perkara yang ringan. Sedangkan Allah berfirman:
(Maksudnya) Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum): "Sudahkah kamu nampak baik-buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram, dan sebahagian lagi halal?" Katakanlah lagi (kepada mereka): "Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian, atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?". [Yunus: 59]
Sekarang tengah hangat perbincangan pasal demonstrasi, adakah ia halal atau haram? Nampaknya perbincangan ni dah masuk dimensi baru bila demonstrasi BERSIH 2.0 telah dipersetujui dibuat di stadium malah direstui oleh ulil amri pula.
Aku katakan, sebelum nak gebang pung pang pung pang, bagi dulu definisi demonstrasi. Demonstrasi ni apa dia sebenarnya? Demonstrasi yang macam mana yang diharamkan? Atau semua demonstrasi haram secara mutlak, tanpa kompromi?
Kegagalan mendatangkan definisi yang kukuh untuk kalimah demonstrasi bagi aku adalah kerapuhan paling dahsyat dalam hujah mereka yang mengharamkan. Hatta yang mengharamkan secara mutlak juga gagal mengemukakan sebarang definisi. Bagaimana mereka jatuhkan hukum sedangkan mereka tak tahu menahu tentang perkara yang sedang mereka perkatakan. Tidak takutkah mereka dengan ancaman Allah dalam surah Yunus di atas?
Ada yang cuba2 beri alasan. Demo haram sebab menentang pemerintah dan haram nasihat pemerintah secara terbuka. Haram dan haram sebab menggangu jalanan dan buat kerosakan. Ia haram, haram, dan haram sebab tak ada dalil.
Maka ia haram secara mutlak!
Kalau itu alasan yang diberi, maka ia bukan haram mutlak pada zatnya ( li zaatih), tapi ia disebabkan faktor luaran yang mendatang (li ghairih)!
Aku juga katakan, jika itulah alasan yang diberi, maka:
1) isu menentang pemerintah sudah tidak timbul. Demo ini direstui sendiri oleh pemerintah Malaysia dan beliau sendiri menggugurkan "hak" dinasihati secara sembunyi dan membenarkan rakyat meluahkan perasaan secara terbuka. Ini sebagaimana hal nikah mis-yar yang mana isteri menggugurkan hak diberikan nafkah oleh suami. Bila isteri redha haknya digugurkan, maka tanggungjawab suami memberi nafkah pun gugur.
2) menggangu jalanan? jika dibuat di stadium bagaimana?
3) carilah dalil demonstrasi memang sampai lubang cacing takkan jumpa! ini bukan masalah aqidah dan ibadah yang tawqifi yang memerlukan dalil pensyariatan sebelum dilakukan. Ini masalah fiqh yang memerlukan dalil pengharaman jika mahu mengharamkan!
Kita lihat betapa pentingnya definisi bila berinteraksi dengan sesuatu hukum.
Ia seakan ulangan isu di perhimpunan agung Umno dulu bila seorang ulama muda Umno menempelak pembangkang supaya menasihati Rosmah Mansor dengan cara tarik tangan dan sembunyi sebagaimana hadith nasihat kepada ulil amri.
Kita tertanya-tanya, bila pula masanya Rosmah kita angkat sebagai ulil amri?! Tidak, tidak, kami tak sanggup!
Sebab itu bila nak keluarkan hukum, rileks dulu, jangan gopoh. Back to basics. Kemukakanlah definisi dulu barulah nak gebang!
